Gelombang ungu mewarnai Astaka Taman Tasik Titiwangsa, 14 Januari 2022 yang lalu. Hampir 300 peserta yang terdiri daripada orang awam dan team NOIR telah memeriahkan acara sulung NOIR Zumba Dance 2023.

Cantik luar dan dalam menjadi matlamat utama seluruh team NOIR sempena tahun baru ini. Jadi, bagi memastikan matlamat tersebut berjaya direalisasikan oleh semua, NOIR HQ telah mewujudkan satu komuniti baru yang dipelbagaikan dengan aktiviti menyihatkan dan terbuka kepada orang ramai. Nak kulit cantik? Anda perlu menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dalaman. Tubuh badan yang sihat juga memainkan peranan yang besar sekali gus mempengaruhi keseluruhan penampilan individu.

NOIR Zumba Dance adalah salah satu program berterusan yang bakal NOIR adakan pada setiap bulan. Program ini mengajak team NOIR serta orang awam untuk menyertai aktiviti riadah dengan jurulatih Zumba terpilih. Program sulung Zumba Dance pada 14 Januari 2023 lalu telah menjemput tiga kumpulan Zumba yang terdiri daripada Yanies Dance Crew, Adza dance Crew dan Sysy Dance Crew.

Kerancakan gerak tari Zumba yang dipersembahkan telah menarik ramai orang awam sekitar Taman Tasik Titiwangsa. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi itu turut disertai oleh Madammu. Meskipun sedang hamil, Madammu tetap sporting menyertai gerak tari Zumba bersama para leaders NOIR yang turut serta.

Sihat

Lebih menarik lagi, program terbuka NOIR Zumba Dance ini bukan hanya disertai oleh kaum wanita. Nyata ia turut menarik minat kaum lelaki untuk beriadah bersama. Zumba adalah salah satu aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh golongan perempuan mahupun lelaki yang gemar bersukan sambil mengikut rentak tari muzik. NOIR HQ menjemput para pelanggan NOIR serta orang awam untuk menyertai misi #𝐍𝐎𝐈𝐑𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 luar dan dalam.

Selain berpeluang berzumba sambil bergambar dengan Madammu, orang ramai yang hadir di NOIR Zumba Dance turut berpeluang mencuba minuman kesihatan, NOIR Pure White. Mungkin inilah masanya untuk anda mencuba dan mengetahui dengan lebih jelas tentang rangkaian produk NOIR yang ada di pasaran.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan mengikuti semua platform media sosial rasmi NOIR Health & Beauty atau sertai Telegram NOIR Zumba Community bagi mendapatkan informasi semasa tentang lokasi dan masa untuk aktiviti NOIR Zumba Dance yang akan datang.

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0