Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.

Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh warga Lembah Klang untuk bertemu dengan Madammu.Pelbagai hadiah dan aktiviti menarik telah Madammu sediakan untuk para usahawan dan prospek NOIR yang hadir di jelajah Pesona Wanita yang berlangsung pada 19 Ogos 2023, Sabtu lalu.

Sejumlah 100 peserta telah memenuhi ruangan Armada Hall seawal jam 8 pagi. Menarik di dalam program jelajah Pesona Wanita ini, NOIR telah membawakan TikToker popular yang dikenali sebagai Dr Wan Share (Muhammad Hazwan Nazri) sebagai salah seorang tetamu jemputan. Dr Wan Share telah berkongsi pelbagai ilmu berkaitan kesihatan dan kecantikan bersama para peserta yang hadir. Istimewa lagi, para peserta berpeluang mengajukan pelbagai persoalan berkaitan kecantikan dan kesihatan kepada Dr Wan Share.

Sesi bersama Dr Wan Share telah berlangsung selama sejam memperlihatkan maklum balas positif daripada para hadiri yang tidak melepaskan peluang bersoal jawab mengenai topik kecantikan dan kesihatan secara langsung bersama Dr Wan Share. Pelbagai kupasan menarik berkaitan kesihatan seperti isi kandungan produk minuman tambahan turut menjadi topik hangat yang dibicarakan oleh Dr Wan Share. Banyak informasi dan ilmu berkaitan penjagaan kesihatan dan kecantikan diperoleh oleh para peserta pada hari tersebut.

Kemunculan Madammu di atas pentas jelajah Pesona Wanita pada Sabtu lalu telah mengubat rindu ramai pengikutnya, khususnya yang berkesempatan hadir dalam siri penjelajahan pertama NOIR Health & Beauty pada kali ini. Sebagai jenama rangkaian produk kecantikan yang sinonim dengan memperkasakan golongan usahawan wanita Madammu terus bersemangat berkongsi misi dan visinya kepada para wanita NOIR sejurus selesai cuti berpantang.

Terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa menyertai siri penjelajahan Madammu dalam program Pesona Wanita! Bagi yang tidak berkesempatan hadir ke jelajah PESONA WANITA Sabtu lalu, jangan bimbang. Madammu akan meneruskan sesi penjelajahannya ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia!

Istimewa program Pesona Wanita yang dianjurkan oleh NOIR HQ ini adalah:

1. Para peserta berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan kulit dengan menggunakan mesin terbaharu ‘NOIR Skin Health Analyzer’ bagi mengenal pasti keadaan kulit anda secara lebih terperinci.

2. Apabila keadaan kulit anda telah dikenal pasti, anda berpeluang mendapatkan rundingan kecantikan daripada pakar bagi mengetahui kaedah terbaik untuk menangani masalah kulit anda.

3. ‘Skincare Workshop’ turut menjadi salah satu agenda di dalam jelajah Pesona Wanita ini. Jadi, anda berpeluang menimba ilmu pengetahuan serta mengetahui teknik penggunaan produk penjagaan kulit secara tepat menerusi sesi ini.

4. Beg goodies istimewa pun turut kami sediakan untuk para peserta. Beg goodies ini mengandungi barangan penjagaan kulit wajah daripada NOIR

5. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rangkaian ‘Product Samples’ secara PERCUMA. Anda dapat merasakan sendiri kelebihan dan kehebatan Skincare Premium daripada NOIR!

Jadi, jangan ketinggalan untuk menyertai jelajah PESONA WANITA pusingan kedua yang bakal diadakan pada 26 Ogos 2023 (SABTU) di The TL House Bukit Birut, Sungai Petani, Kedah. Temui Madammu, founder kesayangan anda di sana!

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.madammu.com/pesona-wanita/

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...

DIMENSI KEJAYAAN NOIR DALAM DIARI MADAMMU

Episod pertama program realiti TV Diari Madammu bakal ditayangkan esok, di Astro Ria.Siri realiti ini akan memaparkan perjalanan kehidupan peribadi Madammu sekali gus membongkar detik mula perjalanan empayar perniagaan yang dibina oleh Madammu sejak enam tahun...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0