‘Glass Skin’ telah diangkat sebagai salah satu standard kecantikan kulit yang sangat trending pada masa kini. Sebaiknya, jangan jadikan ‘Glass Skin’ sebagai skin goals anda!.

Glass Skin

Glass Skin adalah definisi kepada kulit halus, mulus, licin dan bersinar-sinar seumpama glass atau cermin. Ramai wanita di luar sana mendambakan wajah yang licin, bebas pori dan ditambah pula dengan kulit yang tampak bercahaya atau bersinar-sinar. Nyata keadaan kulit yang didambakan itu langsung tidak menggambarkan keadaan kulit yang sihat. Malah ia mustahil untuk dimiliki. Lebih membimbangkan lagi, ia bukanlah standard kecantikan yang sihat.

Ramai yang mengimpikan untuk memiliki kecantikan persis patung Barbie. Barbie disifatkan memiliki standard fizikal yang sempurna. Mujur sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak kempen kesedaran tentang ketidakwajaran menjadikan patung Barbie sebagai standard cantik individu. Jadi, anda perlu menerima hakikat bahawa kulit bertekstur, memiliki pori, tona yang tidak sekata atau jerawat itu adalah normal. Tiada apa yang perlu dinafikan!

Sebenarnya, saiz pori-pori sama ada besar atau kecil ditentukan oleh faktor genetik. Malah, kewujudan pori-pori pada wajah itu adalah normal dan ia memiliki fungsinya yang tersendiri. Anda tidak perlu mencari jalan untuk menghilangkan pori-pori wajah sepenuhnya! Keinginan tersebut boleh mengundang diri anda menggunakan produk-produk kosmetik yang tidak sepatutnya. Lebih mengharukan lagi, ia boleh merosakkan kulit. Lebih teruk lagi, lapisan pelindung kulit anda akan rosak.

Anda juga perlu sematkan di dalam fikiran bahawa, ‘Glass Skin’ itu mustahil untuk dimiliki. Tahukah anda, kulit manusia memang memiliki tekstur yang terhasil daripada satu lapisan paling atas yang dipanggil Stratum Corneum ia mengandungi Natural Moisturizing Factor (NMF). Lapisan ini juga bertindak sebagai lapisan pelindung kulit yang melindungi kulit daripada bendasing, virus dan bakteria yang jahat pada kulit.

Kenapa anda terlalu menginginkan ‘Glass Skin?’ Kemungkinan untuk anda exfoliate kulit secara berlebihan juga sangat tinggi. Sekali gus boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan kulit anda. 

Sel kulit yang terdapat pada kulit manusia nyata memiliki fungsi yang tersendiri. Jadi, jangan hapuskan sel kulit mati secara berlebihan kerana boleh menimbulkan kesan yang tidak baik pada kulit. Sebenarnya tidak menjadi masalah, jika anda ingin menghapuskan sel kulit mati. Tetapi, hapuskan pada bahagian permukaan kulit sahaja. Malah, ia wajar dilakukan dua hingga tiga kali seminggu sahaja.

Reaksi kulit

Reaksi kulit yang berlaku itu adalah normal kerana perlindungan yang kita dapat daripada rutin penggunaan produk kecantikan bukanlah 100%. Contohnya, jika anda mengamalkan rutin pemakaian produk perlindungan matahari setiap hari, berkemungkinan anda tetap memiliki masalah tona kulit tak sekata. Ia adalah reaksi normal bagi sesetengah jenis kulit.

Contoh lain pula, apabila anda mengalami masalah jerawat selepas menggunakan sesuatu produk. Itu juga menandakan reaksi normal pada kulit. Ia sebagai isyarat kepada anda supaya boleh melakukan sesuatu bagi menangani masalah tersebut.

Inilah yang menandakan bahawa, kulit sedang berkomunikasi dengan pemiliknya. Jadi, kulit anda perlu dijaga dengan lembut dan sederhana. Kesimpulannya, jangan terlalu taksub menjaga kulit sehingga meletakkan sasaran yang mustahil untuk kita dapatkan. Dan jangan sesekali meletakkan glass skin sebagai sasaran kulit yang sihat ok! Jangan sampai membenci kulit diri sendiri. Bersyukurlah dengan apa yang anda miliki, jangan sampai ingin merubah kulit menjadi ‘glass’ pula kerana sifat kulit berbeza daripada ‘glass’ tau! www.noirbeautyworld.com

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0