Madammu dengan kerjasama Pakar Perunding Obstetrik Ginekologi (O&G) dan Kesuburan, Dr Haris Hamzah dari Alpha IVF & Women’s Specialists mengambil inisiatif praktikal untuk berkongsi maklumat tepat tentang kaedah IVF.

Kewujudan pelbagai informasi tentang prosedur IVF di Internet cenderung mengakibatkan stigma dan kekeliruan dalam kalangan orang ramai di samping memberikan persepsi kurang tepat tentang prosedur IVF.

Demi membuang stigma masyarakat tentang masalah kesuburan yang mungkin dihadapi oleh segelintir pasangan suami isteri di luar sana, baru-baru ini bertempat di The Raw Studio, Metal Bees, Sunway Damansara, Madammu dengan kerjasama Alpha IVF & Women’s Specialists telah mengadakan sebuah program bual bicara istimewa bagi mengupas tentang rawatan kesuburan IVF secara lebih terperinci.

E-Book Eksklusif Percuma

Perjalanan IVF ini nyata memberi pelbagai pengalaman baharu buat Madammu. Segala pengalaman tersebut telah Madammu kongsi di dalam sesi bual bicara eksklusif berserta naskhah e-Book edisi istimewa berjudul Perjalanan IVF Madammu.

[Sila klik LINK INI untuk muat turun e-Book Perjalanan IVF Madammu secara PERCUMA]

Madammu telah mengambil inisiatif untuk mendokumentasikan perjalanan IVF yang dilaluinya sebagai perkongsian eksklusif dengan ramai pasangan di luar sana. Ia merupakan sebahagian daripada usaha Madammu dalam menangkis stigma segelintir masyarakat tentang kaedah rawatan IVF.

Majlis

Perkongsian Istimewa Madammu

“Madammu menganggap bahawa rawatan IVF ini adalah sebuah perjalanan harapan bagi pasangan suami isteri yang berhadapan dengan masalah kesukaran untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi.”

“Ia wajar dikongsi sebagai kesedaran dan motivasi buat pasangan suami isteri yang senasib dengan Madammu agar mereka tidak mudah putus harapan,” ujar Madammu yang berharap agar perkongsian pengalaman tersebut boleh dijadikan inspirasi dan kekuatan buat mana-mana pasangan yang berhasrat atau sedang membuat pertimbangan untuk menjalani rawatan IVF.

Program yang berlangsung hampir dua jam itu telah membuka peluang kepada orang ramai untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan kehamilan menerusi kaedah IVF secara terus dengan Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (O&G) dan Kesuburan, Dr Haris Hamzah.

Program bual bicara Stigma IVF, Perlukah IVF? yang berlangsung pada 18 Mac 2023 lalu menampilkan pengacara dan personaliti televisyen popular TV3, Fiza Sabjahan sebagai moderator program.

Majlis

Selain memberi peluang kepada orang ramai memuat turun e-Book Perjalan IVF Madammu secara percuma, para tetamu yang menyaksikan program bual bicara ini (secara online/offline) juga berpeluang mendapatkan baucar potongan harga istimewa untuk menjalani pemeriksaan kesuburan di  Alpha IVF & Women’s Specialists / Alpha Fertility Centre, Petaling Jaya.

Semoga inisiatif Madammu ini boleh dijadikan inspirasi dan kekuatan buat ramai pasangan di luar sana sekali gus dapat menghapuskan stigma mahupun rasa skeptikal segelintir masyarakat tentang kaedah rawatan IVF ini.

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0