Selain menjaga atau mempertahankan kecantikan wajah. Tubuh badan yang sihat juga memainkan peranan yang besar sekali gus mempengaruhi keseluruhan penampilan individu.

Jika ingin memiliki kulit yang sihat, anda juga WAJIB menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Menjalani gaya hidup sihat bukan semata-mata memilih pemakanan yang sihat atau mengamalkan rutin kecantikan tertentu. Malah, anda juga perlu berdisiplin melakukan aktiviti kecergasan. Aktiviti kecergasan inilah yang akan menjadikan tubuh anda jadi lebih sihat.

Senaman atau aktiviti olahraga adalah salah satu aktiviti kecergasan yang harus dilakukan secara konsisten. Jika anda masih tercari-cari aktiviti senaman yang sesuai dilakukan oleh golongan wanita, berikut kami kongsi beberapa jenis senaman yang boleh anda lakukan secara konsisten setiap minggu.

1. Muay Thai

Selain menjadi salah satu kaedah terbaik untuk mempertahankan diri aktiviti Muay Thai juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti riadah yang menyihatkan. Aktiviti Muay Thai juga boleh memberi tindak balas yang menyihatkan kepada otot tubuh anda. Pergerakan Muay Thai yang pelbagai dan perlahan itu boleh mempengaruhi stamina tubuh sekali gus membantu membakar kalori dengan lebih cepat. Malah, aktiviti seni mempertahankan diri Muay Thai dikatakan mampu mengurangkan stress. Jadi, tak rugi jika anda mencubanya.

2. Yoga

Yoga terkenal sebagai salah satu pergerakan senaman yang boleh melatih ketahanan fizikal anda. Pergerakan yoga dipengaruhi dengan elemen keseimbangan emosi dan fikiran. Malah yoga juga disifatkan sebagai salah satu aktiviti yang boleh memberi ketenangan pada jiwa. Kebanyakan pergerakan yoga mampu melatih tubuh dengan pengawalan emosi dan ia melibatkan fizikal dan psikologi individu. Yoga sangat sesuai untuk individu yang sibuk atau lazimnya bekerja di bawah tekanan (mengejar deadline). Jika ada berada dalam kategori tersebut, anda boleh mencuba aktiviti yoga ini.

3. Joging

Di samping menguatkan otot dan sangat membantu untuk menurunkan berat badan, aktiviti joging juga boleh dijadikan sebagai salah satu acara riadah untuk mengeratkan jurang sosial di antara satu sama lain. Mungkin ada di antara individu di luar sana mencari kenalan baharu menerusi aktiviti joging ini.
Selain memberi impak sihat kepada individu yang menjalani aktiviti riadah ini, berjoging juga boleh memberikan aura positif kepada minda dan emosi. Malah, aktiviti ini juga tidak memerlukan modal yang tinggi dan anda boleh melakukannya pada bila-bila masa.

Senaman

4. Berenang

Anda gemar dengan sukan air? Berenang adalah salah satu aktiviti riadah yang menenangkan dan mampu menyihatkan otot serta organ paru-paru anda. Tubuh yang disentuh dengan air mampu memberi kesan tenang kepada emosi dan minda. Aktiviti berenang secara konsisten boleh memperbaiki postur tubuh anda jadi lebih tegap dan membentuk punggung tampak lebih seksi. Tapi, anda perlulah pandai berenang sebelum mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti ini ok!

5. Zumba

Ha… ini adalah salah satu aktiviti riadah yang digemari oleh ramai wanita di luar sana. Variasi gerakan senaman secara berirama tentunya menyeronokkan apabila ia dilakukan secara berkumpulan. Rasa penat atau tekanan disebabkan bebanan kerja seharian boleh dilenyapkan dengan aktiviti zumba sambil mengikut rentak muzik yang menghiburkan. Kalau anda masih tercari-cari grup zumba untuk disertai. Apa kata anda sertai geng Zumba NOIR. Team NOIR akan mengadakan sesi zumba yang pasti happening di Astaka Taman Tasik Titiwangsa pada hari Sabtu nanti, 14 Januari 2023 dari jam 8 pagi hingga 10 pagi. Ada rezeki, anda juga boleh berjumpa dengan founder NOIR, Madammu di sana nanti. Sihat dan cantik biarlah seiring. #NOIRcantiksihat pasti lebih meriah dengan penyertaan anda. Jadi, jangan ketinggalan datang beramai-ramai memeriahkan program sulung NOIR pada tahun 2023 ini!

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0