Kekalutan pandemik yang melanda negara menyebabkan kebanyakan majlis dan program yang lazim diadakan secara fizikal tergendala. Tahun 2022 membuka lembaran baharu buat NOIR untuk kembali aktif dengan menyajikan pelbagai majlis serta program menarik khusus buat seluruh para usahawannya.
17 September 2022 bakal berlangsung majlis istimewa khusus untuk meraikan barisan usahawan hebat NOIR. NOIR Gala Night yang tergendala selama dua tahun disebabkan pandemik kini kembali dengan aura hebat yang tersendiri dan lebih luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya. Majlis istimewa ini terbuka buat seluruh usahawan NOIR yang berdaftar.
NOIR Gala Night 2022 bakal menyajikan pelbagai kejutan istimewa berserta hadiah-hadiah misteri yang tidak dijangkakan khusus buat para tetamu yang hadir pada malam istimewa tersebut. Pasti ada di kalangan anda yang dapat menghidu antara persembahan istimewa yang bakal disaksikan pada malam bertemakan Bollywood itu nanti. Perkongsian yang kami tampilkan di Facebook adalah sebahagian kecil daripada kejutan yang bakal dipersembahkan pada malam istimewa itu nanti.

Percayalah, pada malam itu juga para hadirin akan turut dihiburkan dengan persembahan barisan para artis popular tanah air. Jadi apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini untuk sama-sama memeriahkan NOIR GALA NIGHT 2022 yang bakal berlangsung The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur. Para tetamu berpeluang mendekati barisan leaders hebat NOIR serta pengasasnya, Madammu.
Sambil berhibur, di sinilah peluang anda untuk menimba pengalaman baharu dalam membina ‘networking’ sesama para usahawan NOIR yang lain. Malah, aura jutawan juga boleh anda rasai di sana nanti. Jangan lepaskan peluang untuk rebut peluang keemasan ini kerana tempat adalah sangat terhad. Kepada yang masih belum menjadi sebahagian daripada keluarga NOIR, jom sertai usahawan NOIR bagi merealisasikan impian anda bergelar jutawan. www.usahawannoir.com
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
3
+1
4
+1
+1
1
+1
+1
+1
Nak join