Di majlis gilang-gemilang NOIR Gala Night 2022 yang berlangsung baru-baru ini, NOIR Health and Beauty Sdn Bhd telah memperkenalkan rangkaian NOIR Lips Matte terbaharu.

Rangkaian Lips Matte yang terdiri daripada lima kod warna menawan ini disifatkan antara rangkaian produk kosmetik yang agak sentimental buat pengasasnya, Madammu. 

Pada malam yang bersejarah tersebut, Madammu telah mengumumkan nama-nama untuk setiap rona NOIR Lips Matte yang terbaharu ini dengan satu kejutan yang sangat istimewa. Nama-nama barisan leader hebat NOIR yang terdiri daripada Cikya, Eza, Sismu, Clara dan Kakna telah diabadikan oleh Madammu sebagai identiti untuk setiap satu kod warna Lips Matte keluaran terbaharu ini.

LEADER IBARAT SUPERSTAR NOIR

Ini sekali gus membuktikan betapa Madammu menghargai setiap insan yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan NOIR selama ini.

“Ya, Madammu memang sangat-sangat menghargai pengorbanan dan usaha keras yang diberikan oleh para usahawan NOIR, khususnya barisan leader hebat NOIR. Komitmen yang mereka berikan dalam membantu Madammu dan NOIR untuk merealisasikan impian memperkasa wanita untuk berani berniaga nyata sangat luar biasa.”

“Kejayaan NOIR bukanlah kejayaan pengasasnya semata-mata. Di sebalik kejayaan yang NOIR nikmati hari ini, di belakangnya berdiri barisan leader hebat ini. Madammu anggap mereka sebagai barisan ‘Superstar NOIR.’ Madammu sentiasa mengharapkan dan terus berdoa agar lebih ramai lagi barisan leader NOIR yang bakal dilahirkan dari semasa ke semasa. Kerana kejayaan yang bakal NOIR nikmati pada masa-masa akan datang pasti akan dikongsi bersama-sama,” ujar Madammu yang sentiasa menjadikan barisan usahawannya sebagai individu ‘VVIP’ di sisinya.

PENIUP SEMANGAT

Bagi kelima-lima ‘Superstar NOIR’ yang terdiri daripada Cikya, Eza, Sismu, Clara dan Kakna, penghargaan ini dianggap sebagai satu hadiah yang cukup istimewa buat diri masing-masing. Malah, ia akan dijadikan sebagai inspirasi dan peniup semangat buat kelima-lima wanita hebat ini untuk terus berusaha keras menjana pendapatan dengan NOIR di samping tekad membantu lebih ramai wanita di luar untuk berani membina perniagaan bersama NOIR sama seperti mereka. “Jika ada kesungguhan dan bersedia untuk belajar, sesiapa sahaja boleh jadi seperti kami. Di NOIR, para ahlinya akan dipimpin dan dibimbing sehingga berjaya. Apa yang penting, anda perlu mula bertindak dari sekarang,” tegas Eza,

KELEBIHAN NOIR LIPS MATTE

NOIR Lips Matte diperkaya dengan kandungan Shea Butter yang sangat baik untuk membantu menangani masalah bibir seperti bibir kering, merekah, gelap dan kusam. Selain menampilkan lima rona memukau, NOIR Lips Matte ini juga adalah rangkaian kosmetik mesra wuduk yang dihasilkan oleh NOIR dan pemakaiannya tidak akan menyebabkan bibir si pemakai jadi kering. Untuk memiliki rangkaian NOIR Lips Matte terbaharu ini, sila layari www.noirbeautyworld.com

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0