Hapus Stigma Terhadap Produk Lokal – Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sejauh mana pengetahuan anda tentang kandungan bahan-bahan dalam produk-produk kecantikan luar negara? Adakah anda yakin 100%?

Bila sebut produk lokal, AWAS! Jangan pandang sebelah mata. Sudah tiba masanya kita membuang stigma produk kecantikan tempatan sebagai produk timbang kilo. Persoalannya, sejauh mana pengetahuan anda tentang kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk-produk kecantikan luar negara? Adakah anda yakin 100% ia selamat dan benar-benar berkesan untuk kulit anda? Hari ini, anak tempatan juga mampu menghasilkan produk-produk kecantikan bermutu tinggi dan berkualiti setanding jenama antarabangsa. Jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Hasil Jualan Memberangsangkan

Kejayaan dan keberhasilan rangkaian produk Noir Health & Beauty tidak perlu diragui lagi. Catatan jualan mencecah RM4 juta mampu diraih oleh Noir walaupun usia perusahaan ini baharu mencecah setahun jagung pada masa itu. Kini kesangsian terhadapan ketulenan, selamat atau tidak sesuatu produk kecantikan keluaran anak tempatan boleh diatasi jika semua tahu akan kepentingan dan hak masing-masing sebagai pengguna. Bahkan, pengguna kini semakin bijak memilih produk kecantikan yang ada di pasaran. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya hebahan atau tularnya sesuatu berita menerusi pelbagai platform media sosial yang ada pada hari ini.

Ungguli Carta Media Sosial

Pengasas jenama Noir ini nyata turut berjaya menjuarai carta media sosial tanah air menerusi perkongsian secara langsung di saluran Facebook, Instagram dan TikTok miliknya. Perkongsian konsisten pengasas produk ini yang popular dengan gelaran Madammu menerusi siaran lintas langsung atau ‘Live’ di platform media sosial miliknya setiap hari, telah berjaya mengukuhkan jenama rangkaian produk Noir di satu kedudukan yang sangat meyakinkan. Menerusi kepelbagaian ‘content’ kecantikan, kesihatan dan gaya hidup yang dikongsi oleh Madammu menerusi platform media sosial miliknya, ia telah mencetuskan inspirasi buat pemilik sosok jelita ini menghasilkan rangkaian produk kecantikan yang berkualiti.

Produk Premium Mampu Milik

Sama seperti wanita-wanita lain di luar sana, Madammu juga sentiasa akan memastikan setiap produk yang digunakannya terdiri daripada bahan-bahan premium, halal, selamat dan semula jadi. Lantaran itu, setiap rangkaian produk Noir yang dihasilkan pasti mengikut spesifikasi tersebut. Dengan menjadikan diri sendiri sebagai testimoni, ia memperlihatkan ketelusan serta kejujuran pengasas produk ini mempromosikan keberkesanan rangkaian produk yang dihasilkannya.

Tular Kerana Kualiti

Malah, netizen juga turut memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan sesuatu informasi kepada masyarakat sekiranya sesuatu produk itu tidak berkualiti, bermasalah atau tidak selamat. Menerusi hebahan media sosial inilah, maklumat akan sampai ke pengetahuan masyarakat sepantas kilat. Jadi, adakah anda pernah mendengar hebahan viral berunsur negatif tentang produk Noir?  Sudah-sudahlah menganggap produk lokal sebagai produk yang tidak berkualiti. Dan jangan kita pukul rata ‘hanya kerana setitik nila rosak susu sebelanga.’ Jangan rugikan diri sendiri dengan tidak mempedulikan rangkaian produk berkualiti buatan tempatan.

Apa itu Nombor Notifikasi Produk?

Sebagai produk lokal yang memiliki spesifikasi premium, halal, selamat dan semula jadi dalam setiap penghasilan produk-produknya, Noir Health & Beauty ingin berkongsi informasi berikut:
Masih ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak tahu fungsi dan peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sewaktu mengeluarkan nombor notifikasi untuk satu-satu produk kosmetik yang dihasilkan dalam pasaran tempatan hari ini. Lebih mengelirukan lagi apabila, kebanyakan pengasas produk menggunakan tagline ‘LULUS KKM’ dengan memaparkan nombor notifikasi produknya sebagai salah satu strategi pemasaran produk masing-masing.

Sebenarnya pihak KKM tidak memberikan kelulusan atau mendaftarkan sesuatu produk kecantikan yang ada di pasaran. Sebaliknya, KKM hanya mengeluarkan nombor notifikasi sahaja. Proses ini merupakan kebenaran yang perlu pengusaha kosmetik dapatkan daripada KKM sebelum mengilang, mengimport dan memasarkan sesuatu produk kecantikan atau kosmetik di pasaran. Malah, ada prosedur yang ketat berserta dokumen yang lengkap perlu disediakan oleh setiap pengeluar produk kosmetik bagi mendapatkan nombor notifikasi KKM ini.

Pengasas produk perlu e-Declare isi kandungan produk dan menghantar dokumen-dokumen lengkap untuk semakan. Nombor notifikasi ini dikeluarkan tanpa melakukan sebarang ujian terhadap produk kosmetik tersebut.

Diluluskan KKM VS  Bernotifikasi Dengan KKM.

Oleh yang demikian, penggunaan perkataan DILULUSKAN KKM yang lazim digunakan oleh para pemilik dan penjual produk kosmetik adalah TIDAK TEPAT! Sebaliknya mereka boleh menggunakan tagline ‘Bernotifikasi Dengan KKM.’ Ujian produk akan hanya dilakukan sewaktu surveilans pasca-pemasaran atau Post Market Surveillance (PMS). Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang bertanggung jawab akan membuat serbuan untuk memeriksa sama ada produk kosmetik yang dijual itu benar-benar tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.

Ahli farmasi yang bertanggung jawab itu, bukan sahaja mengambil produk contoh daripada ibu pejabat pemilik produk kosmetik itu sahaja.Malah, produk-produk turut dibeli daripada para stokis dan ejen secara rawak bagi memastikan produk kosmetik yang sampai kepada para pelanggan itu adalah 100% selamat tanpa sebarang bahan-bahan terlarang.

Jadi Pengguna Bijak

Ada pemilik produk yang menggunakan alasan bahawa, penarikan semula notifikasi produk mereka disebabkan oleh penjualan produk palsu, tiruan dan tidak tulen. Sebagai pengguna, kita perlu bijak dan jangan mudah terpedaya dengan alasan-alasan sedemikian. Lazimnya, dalam pemeriksaan rawak yang dilakukan sewaktu PMS, pihak farmasi selalu menjumpai bahan-bahan terlarang seperti merkuri, tretinoin dan hydroguinone. Bahan-bahan ini semestinya tidak dikemukakan oleh pemilik produk kosmetik sewaktu penyediaan dokumen lengkap permohonan notifikasi produk dengan pihak KKM terdahulu.

Penarikan Semula Produk

Sejurus bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengenal pasti produk yang tidak mematuhi syarat dan melanggar garis panduan yang ditetapkan, pihak NPRA akan mengumumkan kepada orang ramai nama-nama produk yang tidak boleh lagi dipasarkan sekali gus menarik balik produk-produk tersebut dari pasaran.

Pihak kementerian yang bertanggung jawab akan memberi amaran kepada para pemilik produk untuk menarik balik dan memastikan produk-produk terlarang itu tidak lagi terdapat dalam pasaran. Tempoh beberapa hari akan diberikan kepada pemilik produk untuk tujuan tersebut.

Kepentingan Nombor Notifikasi

Jadi, apa kepentingan nombor notifikasi tersebut? Sebenarnya ia sangat penting lebih-lebih lagi sewaktu proses Post Market Surveillance iaitu PMS ini dilakukan. Ini bagi memudahkan bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengenal pasti atau menjejak para pemilik, pengilang dan lain-lain butiran lengkap berkaitan dengan produk kosmetik tersebut. Jadi bagaimana pengguna nak tahu jenama-jenama produk yang telah ditarik balik nombor notifikasinya?

Kenal Pasti Product Recall

 

Anda boleh berkunjung di laman web kpkesihatan. Dalam laman web tersebut, anda boleh membuat pencarian dengan menggunakan kata kunci ‘kosmetik.’ Menerusi pencarian ini, pelayar dapat melihat senarai nama-nama produk yang telah ditarik notifikasinya (product recall).

Kebiasaannya, produk yang mengandungi merkuri krimnya selalu berwarna kuning dan agak berkilau. Anda juga perlu mengelak dari membeli jenama produk kosmetik yang PERNAH ditarik balik nombor notifikasinya atau mana-mana produk yang telah diumumkan oleh pihak NPRA mengandungi bahan-bahan terlarang. Walaupun jenamanya masih ada di pasaran dan pemilik produk tersebut mengeluarkan rangkaian produk yang berbeza, pengguna boleh meragui integriti pemilik dan keseluruhan produk keluaran tersebut.

 

Anda boleh berkunjung di laman web kpkesihatan. Dalam laman web tersebut, anda boleh membuat pencarian dengan menggunakan kata kunci ‘kosmetik.’ Menerusi pencarian ini, pelayar dapat melihat senarai nama-nama produk yang telah ditarik notifikasinya (product recall).

Kebiasaannya, produk yang mengandungi merkuri krimnya selalu berwarna kuning dan agak berkilau. Anda juga perlu mengelak dari membeli jenama produk kosmetik yang PERNAH ditarik balik nombor notifikasinya atau mana-mana produk yang telah diumumkan oleh pihak NPRA mengandungi bahan-bahan terlarang. Walaupun jenamanya masih ada di pasaran dan pemilik produk tersebut mengeluarkan rangkaian produk yang berbeza, pengguna boleh meragui integriti pemilik dan keseluruhan produk keluaran tersebut.

Layari Laman Web NPRA

Pengguna juga perlu rajin-rajinkan diri berkunjung ke laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Dalam website tersebut, pengunjung boleh klik ke pautan ‘CONSUMERS’.

Dalam pautan tersebut anda boleh memeriksa nombor notifikasi, nama produk atau nama pengilang bagi memastikan adakah produk tersebut benar-benar bernotifikasi atau sebaliknya. Jika anda ingin membuat aduan tentang sebarang masalah mengenai penggunaan produk kosmetik tertentu, anda boleh melakukan sedemikian di laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) milik KKM atau mengemukakan aduan dengan menghantar emel kepada kosmetik@npra.gov.my.

Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
7
+1
3
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0