Bermodalkan duit Akikah anak keduanya, pemilik nama Ismah Juki memberanikan diri untuk menjadi salah seorang ahli (ejen) Noir.

Melihat keberhasilan selepas menggunakan produk pembersih wajah Noir sekitar tahun 2019, Ismah Juki memberanikan diri untuk menjadi salah seorang ejen Noir.

Bermula Sebagai Pengguna
Seperti kebanyakan pengguna yang lain, Ismah juga adalah salah seorang pengikut setia LIVE Madammu di Page Facebook Noir Health & Beauty. Bertitik tolak daripada pengaruh viral yang dikongsikan oleh Madammu tentang keberkesanan rangkaian produk Noir, Isma tertarik untuk mencubanya.

“Keserasian kulit saya dengan produk Noir memang boleh dilihat dengan ketara. Selepas beberapa minggu menggunakan pencuci muka Noir, kawan-kawan mula tegur dan berminat untuk mencubanya juga. Dari situlah saya mula mengambil tempahan daripada rakan-rakan terdekat.”

Jadi Ahli Sebab Nak Beli Produk Dengan Harga Murah
Menurut cerita Ismah atau lebih mesra dengan panggilan Ima lagi, memandangkan pendapatan bulanannya agak kecil dirinya perlu berusaha lebih keras untuk meneruskan penggunaan produk Noir.

“Memang pada awalnya, saya nekad untuk menjadi ahli team Noir kerana ingin membeli produk dengan harga yang lebih murah. Tetapi apabila ada rakan-rakan dan ahli keluarga yang mula berminat menggunakan produk yang saya gunakan, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan,” kongsi Ima yang juga anak didik kepada Eza Nuraiena menceritakan permulaan dirinya menjadi salah seorang team Noir.

Modal Dari Duit Akikah
Bermodalkan RM600 ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjadi ejen Noir dengan bimbingan Eza Nuraiena.

“Modal untuk saya serta Noir diperoleh daripada majlis Akikah anak kedua saya. Majlis tersebut ditaja sepenuhnya oleh ibu mertua saya. Sejurus majlis selesai saya ingin membayar semula duit belanja kenduri kepada ibu mertua saya. Tetapi ibu mertua saya menolak dan sarankan saya untuk menjadikan wang tersebut sebagai modal untuk menjadi ahli Noir,” ceritanya Ima lagi mengimbau detik permulaan membina kejayaan bersama Noir.

Seperti insan lain, Ima juga mengakui dirinya memiliki banyak kelemahan. Persoalan seperti; ‘mampukah aku?’ ‘Boleh ke aku ni?’ sering menghantui diri Ima. Malah, Ima juga sering beranggapan bahawa latar belakang pendidikannya tidak membolehkan dirinya untuk melangkah lebih jauh.

PKP Ubah Nasib Ima
“Ketika pandemik melanda dunia, Ima seolah-olah mendapat satu kekuatan untuk jadi lebih berani. Ima percaya bahawa, ALLAH tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita sendiri berusaha untuk mengubahnya.”

Ketika negara terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ima nekad untuk menjadikan Noir sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan keluarga. Ima sendiri tidak menyangka bahawa dirinya mampu lakukan lebih dari apa yang difikirkannya selama ini.

Pendapatan Lima Angka

“Ima sentiasa melihat kejayaan yang diraih oleh barisan leader hebat Noir seperti Eza Nuraiena, Cikya dan ramai lagi. Ima nak jadi seperti mereka. Alhamdulillah, sewaktu PKP Ima berjaya meraih jualan sebanyak RM15,000. Dari situ Ima sentiasa adakan target dan impian agar sentiasa bersemangat untuk mencapai matlamat tersebut.”

“Sejak menyertai team usahawan Noir, banyak yang Ima pelajari khususnya untuk meningkatkan keyakinan diri membina pemikiran yang lebih positif. Ima belajar bagaimana untuk menjadi individu yang positif dan insan yang lebih baik hari demi hari. Alhamdulillah, siapa sangka masuk tahun ketiga bersama Noir Ima berjaya meraih pendapatan sehingga 5 angka,” akhiri Ima yang memasang impian untuk memiliki rumah sendiri dengan titik peluhnya bersama Noir suatu hari nanti.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
5
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0