Anda setia HANYA dengan SATU jenama produk atau anda selesa menggunakan pelbagai jenama produk dalam satu masa?
Sewaktu membeli mana-mana rangkaian produk kecantikan, pasti anda perasan ada tertera perkataan untuk memperoleh hasil yang lebih baik, anda disarankan untuk memakai set lengkap (rangkaian produk tertentu). Jadi, pengguna tertarik untuk mendapatkan keseluruhan rangkaian lengkap sesuatu jenama skincare kerana bimbang ia tidak memperlihatkan hasil sekiranya hanya menggunakan SATU atau DUA produk daripada rangkaian tersebut.
Lambakan produk seperti pelembap, masker, serum dan sebagainya yang terdiri daripada pelbagai jenama menjadikan kita keliru nak pilih atau suai padankan (mix and match) produk mengikut keadaan kulit wajah sendiri. Pengguna akan jadi lebih keliru atau jadi rambang mata apabila wujudnya pelbagai produk baharu di pasaran semasa. Tambahan pula, terdapat banyak ulasan atau ‘review’ yang akan pengguna baca di internet atau media sosial. Inilah yang akan menyukarkan pengguna untuk membuat pilihan yang tepat.
Lazimnya, pengguna suka memilih satu jenama produk skincare yang mempunyai pelbagai rangkaian. Contohnya set rangkaian khusus untuk kulit berminyak, berjerawat, kering, kombinasi dan sebagainya.
Setia Dengan Satu Jenama
Pengeluar produk kecantikan lazimnya akan mengeluarkan rangkaian lengkap dari jenamanya kerana mereka ingin menjadikan jenama mereka sebagai ‘one-stop brand’ kepada pengguna. Kelebihan apabila individu setia dengan satu jenama produk, penghasilan formulasi produk tersebut berkemungkinan besar sesuai untuk dipakai secara berlapis-lapis dalam satu masa yang sama.
Di NOIR misalnya, kami telah melalukan kajian atau ujian klinikal bagi memastikan pengguna memperoleh hasil yang optimum menerusi gabungan pemakaian sesuatu set produk skincare yang kami keluarkan. Sebagai contoh, rangkaian lengkap penjagaan kulit Crystal Skin Trial Set untuk merawat masalah kulit kering serta bintik-bintik hitam dan Flawless Beauty Trial set bagi menangani masalah kulit berminyak.
Kedua-duanya diformulasikan mengikut keperluan masalah kulit tertentu. Pengguna perlu memakai rangkaian lengkap ini mengikut langkah-langkah yang disarankan secara konsisten bagi memperoleh hasil yang optimum.
Di NOIR misalnya, kami telah melalukan kajian atau ujian klinikal bagi memastikan pengguna memperoleh hasil yang optimum menerusi gabungan pemakaian sesuatu set produk skincare yang kami keluarkan. Sebagai contoh, rangkaian lengkap penjagaan kulit Crystal Skin Trial Set untuk merawat masalah kulit kering serta bintik-bintik hitam dan Flawless Beauty Trial set bagi menangani masalah kulit berminyak.
Kedua-duanya diformulasikan mengikut keperluan masalah kulit tertentu. Pengguna perlu memakai rangkaian lengkap ini mengikut langkah-langkah yang disarankan secara konsisten bagi memperoleh hasil yang optimum.
Kedua-duanya diformulasikan mengikut keperluan masalah kulit tertentu. Pengguna perlu memakai rangkaian lengkap ini mengikut langkah-langkah yang disarankan secara konsisten bagi memperoleh hasil yang optimum.
Ketelitian ketika ‘Mix and Match’
Teliti memilih produk yang benar-benar sesuai dengan kulit wajah memang dianggap agak mencabar. Sebenarnya tiada larangan untuk individu ‘mix and match’ produk skincare dari pelbagai jenama dalam satu-satu masa tertentu. Kaedah ‘trial and error’ lazimnya menjadi salah satu formula kepada individu yang menggunakan pelbagai jenama produk dalam satu masa yang sama. Kombinasi dilakukan mengikut keadaan atau jenis kulit muka individu tersebut.
Meliliti Label
Jadi, individu ini juga perlu rajin meliliti label produk dan ambil tahu kegunaan bahan-bahan utamanya dalam merawat sesuatu masalah kulit, contohnya jika produk tersebut dilabelkan sebagai anti-penuaan. Anda perlu tahu bahan utama yang terkandung dalam produk tersebut supaya anda tidak menggunakannya secara berlebihan. Lebih-lebih lagi dengan menggabungkan ramuan daripada produk-produk lain yang dipakaikan pada wajah dalam satu jangka masa yang sama.
Contoh situasi lain, retinol dan glycolic acid boleh menghasilkan kesan yang sangat kuat sekiranya digabungkan pemakaiannya. Kulit akan menjadi terlalu kering. Jika anda tidak pakar atau malas untuk membuat penelitian tentang kandungan bahan-bahan yang lazim digunakan dalam produk skincare ia sukar untuk anda kenal pasti tindak balas produk tersebut
Kesan ‘Mix and Match’
Antara tanda-tanda lain yang boleh anda lihat jika rangkaian produk ‘mix and match’ yang diaplikasikan itu tidak ‘menjadi,’ masalah seperti pori tersumbat dan jerawat pasir boleh berlaku. Untuk mengelak kulit wajah jadi ‘terkejut’ sewaktu menggunakan sesuatu produk skincare yang baru, sebaiknya mulakanlah rutin penjagaan wajah anda dengan menggunakan produk asas seperti menggunakan pembersih dan pelembap dari rangkaian jenama yang sama.
Kaedah ‘Mix and Match’ yang tepat
Jika anda telah bersedia untuk mencuba pelbagai jenama produk skincare atau perlu memakai produk secara berlapis-lapis (lebih satu produk skincare) dalam rutin penjagaan wajah, ada beberapa peraturan yang perlu anda patuhi bagi memastikan anda mendapatkan skin booster terbaik. Tidak kiralah walau berapa pun usia anda, kaedah exfoliation sangat diperlukan dalam rutin penjagaan wajah. Jika kulit mati ditanggalkan, produk dapat meresap dalam kulit wajah dengan lebih mudah sekali gus mengatasi masalah pori tersumbat.
Exfoliation dan Sunscreen
Exfoliation ini boleh dilakukan dengan menggunakan kain, pembersih berbutir atau enzymes. Satu lagi rutin paling penting, jangan abaikan pemakaian sunscreen atau krim tabir suria setiap hari!
Retinol vs AHAs
Pemakaian bahan yang mengandungi vitamin A dan dilapisi dengan vitamin C boleh mengakibatkan kulit kering. Manakala retinol pula tidak boleh di campur dengan AHAs kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit
Benzoyl Peroxide vs Salicylic Acid
Jika anda berhadapan dengan masalah kulit berjerawat, berhati-hati dengan pemakaian benzoyl peroxide dan salicylic acid (jika digabungkan bersama, kesannya sangat kuat pada kulit). Kulit yang sensitif perlu elak menggunakan toner yang berasaskan alkohol dan pelembap yang berasaskan gel. Lazimnya gel mengandungi kualiti astringen yang agak kuat untuk kulit sensitif
NOIR pilihan yang bijak