Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.

Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap kali melihat perkataan ‘pencerah’ ia akan menimbulkan persoalan tentang bagaimana produk tersebut bertindak balas pada kulit si pemakai.

Berikut adalah penjelasan yang boleh kami kongsi bagi menjelaskan bagaimana sesuatu produk pencerah itu bertindak balas pada kulit individu. Selain itu artikel ini juga turut menjelaskan bagaimana produk pencerah boleh merawat parut jerawat dan hiperpigmentasi secara efektif.

Pencerah Tidak Semestinya Memutihkan

Tahukah anda bahawa, produk pencerah yang berasal dari Korea (K-beauty) lazimnya bertindak sebagai produk membantu untuk mencerahkan kulit. Ia langsung tidak melibatkan proses ‘meluntur’ kulit si pemakai.

Secara literalnya, memang ada sesetengah produk di pasaran bertindak untuk memutihkan. Kami tidak menafikan bahawa produk sedemikian memang wujud dalam pasaran. Walau bagaimanapun, ramai di luar sana masih keliru dalam menterjemah maksud pencerah yang sebenarnya.

Sembilan daripada sepuluh produk yang mengatakan ia berfungsi sebagai produk pemutihan bermaksud ia membantu meratakan rona kulit dan mencerahkan kulit secara keseluruhan. Walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa kenyataan yang digunakan itu agak mengelirukan, penting untuk anda tahu bahawa dengan pemakaian produk ‘K-beauty’ tertentu, ia langsung tidak menimbulkan kesan yang tidak baik kepada kulit si pemakai.

Bagaimanakah kebanyakan produk pencerah bertindak?

Produk pencerah boleh dikelaskan kepada tiga kategori berbeza:

i. Menghalang penghasilan sel pigmen
ii. Menghalang pemindahan pigmen
iii. Mempercepatkan proses pembaharuan sel

Contohnya, vitamin C, hydroquinone, kojic acid, arbutin dan ekstrak Licorice menghalang tyrosinase, iaitu enzim penting yang meningkatkan melanin kulit (pigmen yang menghasilkan warna pada kulit). Jadi, sekiranya anda menggunakan produk berasaskan bahan-bahan tersebut, pada asasnya ia boleh mengurangkan pengeluaran pigmen.

raya

Maksudnya : Jika kulit anda ditumbuhi jerawat, ia boleh merosakkan kulit. Ini akan menyebabkan lebih banyak melanin dihasilkan sekali gus menyebabkan hiperpigmentasi dan parut jerawat terjadi. Bahan-bahan yang terkandung dalam produk pencerahan bertindak mengurangkan penghasilan pigmen, membantu mencegah dan memudarkan parut jerawat tersebut.

Bahan lain seperti niacinamide, membantu memperlahankan pemindahan melanin pada sel kulit yang sekali gus berkesan menghalang hiperpigmentasi. Produk sedemikian penting kerana ia bertindak membantu mencegah pigmentasi yang tidak diingini dari berlaku.

Kategori ketiga pula menggunakan beta dan asid alpha hydroxy untuk merawat parut jerawat dengan mempercepatkan proses pembaharuan sel. Ia membantu untuk menyingkirkan sel kulit mati lama dan diganti dengan lapisan yang baharu. Inilah yang menyebabkan warna kulit anda jadi cerah dan sekata.

raya

Jadi, apa produk yang disarankan?

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum daripada produk pencerah, sebaiknya anda perlu mempelbagaikan penggunaan bahan-bahan pencerahan (seperti yang disarankan di atas) dalam rutin penjagaan kulit wajah. Ia membantu untuk menjadikan kulit anda lebih sihat dan bersinar.

Kebanyakan produk pencerah di pasaran mengandungi beberapa bahan pencerah di dalam satu produk. Contohnya gabungan antara niacinamide dengan ekstrak tumbuhan pencerah semula jadi seperti kakadu dan camu-camu (tinggi kandungan vitamin C) yang membantu melawan masalah pigmentasi sejak dari awal.

Bagi mendapatkan produk yang boleh merawat parut jerawat secara lebih efektif, produk tinggi kandungan vitamin C adalah yang terbaik untuk anda cuba. Ingat, anda boleh mencuba pelbagai kaedah rawatan untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Tetapi, pastikan anda menggunakan produk tersebut secara berselang seli. Lebih-lebih lagi jika kulit anda menunjukkan reaksi tertentu. Malah, jika anda ingin melihat hasil efektif dalam mengurangkan pigmentasi pada wajah, pastikan anda menggunakan produk penjagaan kulit wajah itu secara konsisten dan berdisiplin.

INGAT!
Produk pencerahan kulit sering disalah ertikan, khususnya dalam dunia ‘K-beauty.’ Terma pemutihan sering mereka gunakan sebagai ‘nama’ untuk rangkaian produk mereka. Jadi, apa yang perlu anda ingat di sini ialah : ia bukan bermaksud memutihkan kulit. Sebaliknya, ia berkesan atau bertindak balas terhadap kulit wajah yang mempunyai hiperpigmentasi. Produk ini membantu meratakan rona kulit wajah di samping mencerahkannya dan BUKANNYA MEMUTIHKAN KULIT!

Apakah produk pencerah kegemaran anda. Boleh kongsi dengan kami di ruangan komen?

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...

DIMENSI KEJAYAAN NOIR DALAM DIARI MADAMMU

Episod pertama program realiti TV Diari Madammu bakal ditayangkan esok, di Astro Ria.Siri realiti ini akan memaparkan perjalanan kehidupan peribadi Madammu sekali gus membongkar detik mula perjalanan empayar perniagaan yang dibina oleh Madammu sejak enam tahun...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0