Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan.
Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan pengajiannya dan fokus untuk mencari wang tambahan sendiri.
Dalam menempuhi cabaran kehidupan tersebut, Eza tercari-cari peluang yang ada demi untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarganya. Siapa sangka, hanya bermula dari ‘follower’ biasa untuk siaran LIVE Madammu di Facebook kini Eza berjaya menjadi antara tiga usahawan teratas di NOIR.
Pengikut LIVE Madamamu
Eza merupakan salah seorang pengikut setia siaran LIVE Madammu sejak tahun 2019. Bermula dari situ, Eza tertarik untuk mencuba salah satu produk NOIR yang sedang ‘hit’ pada waktu itu iaitu UV White Foundation.
Nyata, percubaan Eza membuahkan hasil. Selepas empat bulan menjadi pengguna setia UV White Foundation, ramai yang mula sedar dan menegur perubahan pada wajahnya. Apabila jerawat-jerawat pada wajah semakin berkurangan, Eza jadi semakin yakin untuk terus setia dengan NOIR.
Nyata, percubaan Eza membuahkan hasil. Selepas empat bulan menjadi pengguna setia UV White Foundation, ramai yang mula sedar dan menegur perubahan pada wajahnya. Apabila jerawat-jerawat pada wajah semakin berkurangan, Eza jadi semakin yakin untuk terus setia dengan NOIR.
Yakin Bersama NOIR
Dengan sokongan leader Nor Fazira Ishak atau lebih popular dengan panggilan Cikya di kalangan ‘Team NOIR,’ Eza mula berjinak-jinak sebagai ‘dropshipper’ di NOIR.
Berbekalkan semangat dan keyakinan, hanya dalam masa seminggu Eza terus berubah fikiran. Disebabkan keyakinannya yang terlalu tinggi terhadap sistem pemasaran yang diperkenalkan oleh NOIR, Eza memberanikan diri mendaftar sebagai ejen NOIR pula.
“Eza sangat tertarik dengan strategi pemasaran yang dipimpin oleh Madammu. Nyata Madammu sentiasa peka dengan perubahan sistem pemasaran semasa, trendy dan up to date,” ujar Eza berkongsi detik permulaannya bersama NOIR.
Ikut Jejak Leaders
Melihat kejayaan para usahawan terawal di NOIR seperti Cikya dan Missdarl membuat Eza jadi lebih bersemangat. Jika mereka mampu mencapai kejayaan menerusi NOIR, mengapa tidak Eza?
Eza melihat cara mereka mendekati, melayani dan mencari pelanggan NOIR. Cara pemasaran mereka mudah untuk Eza contohi.
Menerusi pemerhatian tersebut ia mendorong Eza untuk mencubanya. Ternyata ia berhasil kerana NOIR memiliki sistem keusahawanan yang sangat sistematik. Bertitik-tolak dari keyakinan tersebut, Alhamdulillah Eza kekal bersama dengan NOIR sehingga ke hari ini.
Belajar Dan Terus Belajar
Mungkin ramai yang suka memberi alasan ‘tidak pandai’ atau ‘tidak tahu’ sebagai alasan untuk tidak mencuba sesuatu yang baharu. Di NOIR, alasan itu memang tidak boleh diguna pakai. Bagi Eza sendiri, banyak perubahan yang telah dilakukan dalam dirinya untuk mempersiapkan diri berada pada kedudukannya sekarang.
“Kalau nak diikutkan, pada awalnya Eza memang tiada asas keusahawanan. Tapi di NOIR, serba-serbi ada disediakan oleh pihak NOIR HQ untuk membantu setiap usahawannya. Tak pandai itu bukanlah alasan, kerana NOIR ada menyediakan kelas untuk para usahawannya. Tenaga pengajar yang pihak HQ sediakan juga bukanlah calang-calang orangnya. Jadi, setiap para usahawan di NOIR ini tidak dibiarkan terkontang-kanting kerana mereka akan dibimbing oleh individu-individu yang telah terbukti berjaya,” jelas Eza yang berjaya membina personaliti tersendiri hasil bimbingan daripada Madammu sendiri.
Pencapaian Jutaan Ringgit
Usaha yang dilakukan tidak akan mengkhianati hasil. Tidak sampai setahun Eza menyertai NOIR, hasil jualan keseluruhan yang berjaya Eza kumpul mencecah RM1.1 juta. Diikuti pada tahun 2020, Eza berjaya mengumpul jumlah jualan sehingga RM1.4 juta. Saban tahun hasilnya sangat di luar jangkaan Eza.
Berkongsi tentang ‘BIG WHY’ mengapa Eza nekad menjadi sebahagian daripada team usahawan NOIR, Eza menekankan bahawa faktor ingin memiliki wang tambahan adalah merupakan penyebab utama dirinya bersungguh-sungguh bersama NOIR.
“Niat Eza yang utama adalah untuk membayar hutang. Jika diikutkan, pendapatan sebelum ini memang tak cukup untuk menyelesaikan hutang-piutang. Alhamdulillah, dengan NOIR Eza dapat menyelesaikan hutang secara berperingkat-peringkat,” kongsi Eza.
Dugaan Itu Pasti Ada
Bila berkongsi tentang rahsia kejayaan yang berjaya diraih sehingga ke tahap sekarang, Eza turut mengakui bahawa dirinya juga tidak terkecuali dari dugaan. Kerana itulah resam dunia perniagaan. Dugaan pasti datang untuk menguji sejauh mana kuatnya diri kita.
“Sewaktu mula-mula bersama NOIR ada juga yang seolah-olah kurang yakin dengan jenama produk ini. Tambahan pula Eza pernah berhadapan dengan masalah jerawat. Sebenarnya mereka tak tahu yang kulit wajah Eza adalah lebih teruk keadaannya sewaktu sebelum bersama NOIR.”
“Jadi, Eza menjawab pertanyaan prospek ini dengan penuh berhemah dan berhati-hati meskipun ada kalanya diri sendiri yang terluka. Dari situ Eza mula bina keyakinan diri dan terus komited menggunakan keseluruhan rangkaian produk NOIR.”
“Ternyata ia berhasil, Eza menjadikan diri sendiri sebagai testimoni produk selain ia turut meningkatkan motivasi diri Eza untuk lebih bersungguh-sungguh meyakinkan ramai individu di luar sana tentang keberkesanan produk NOIR ini,” ujar Eza lagi.
Eza Tak Pandai Memandu
Satu lagi cabaran buat Eza sewaktu mula-mula bersama dengan NOIR adalah ketidakmampuannya memandu kenderaan sendiri. Menurut Eza dirinya terpaksa mengharapkan bantuan suami yang pada waktu itu bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 8.30 malam.
“Sebaik suami pulang dari tempat kerja, Eza akan minta bantuan suami untuk menghantar tempahan para pelanggan. Dalam satu malam kami terpaksa menghantar barangan pelanggan di tiga sehingga ke empat destinasi. Kadang-kadang sampai pukul 1.00 pagi barulah selesai penghantaran.”
“Bayangkan, kami terpaksa membawa anak-anak yang masih kecil lagi untuk mengikut kami menghantr pesanan-pesanan tersebut. Ada satu waktu tu, dua orang anak Eza dijangkiti demam campak. Eza terpaksa juga membawa kedua-dua anak Eza itu bersama sewaktu menghantar tempahan produk walaupun pada masa itu dalam cuaca hujan. Semua itu terpaksa Eza lalui sewaktu mula-mula bersama NOIR,” cerita Eza lagi mengimbau pengorbanan awalnya sewaktu mula-mula bersama NOIR. Kini dirinya boleh tersenyum bangga kerana berjaya memiliki kereta idaman dan mampu memandu sendiri dari hasil titik peluhnya bersama NOIR.
Rezeki Semakin Bertambah
Benarlah kata pepatah, rezeki tidak pernah salah alamat. Dalam tempoh enam bulan bergelar ejen NOIR pinjaman bank untuk rumah kedua Eza telah diluluskan. Bukan itu sahaja, semangat dan keazamannya terus membara selepas berjaya meraih kejayaan demi kejayaan.
Selain menerima tajaan percutian ke Korea, Eza juga berjaya membebaskan dirinya daripada bebanan hutang piutang hanya selepas setahun bergelar ejen NOIR.
“Eza ingin membantu seberapa ramai ejen yang boleh kerana Eza faham kebanyakan wanita di luar sana ingin memiliki sumber pendapatan sendiri dengan masa yang lebih fleksibel. Jadi, sistem perniagaan Noir ini memang sangat sesuai dipelopori oleh para wanita di luar sana,” kongsi Eza yang kini berjaya menempatkan dirinya antara tiga usahawan paling hebat di NOIR.
Pengorbanan Eza berhenti daripada pengajian sarjananya juga bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana Eza telah berjaya membuktikan bahawa pengorbanannya itu memang berbaloi. Lebih menggembirakan Eza lagi apabila dia masih boleh meneruskan minatnya untuk mengajar dan membantu lebih ramai wanita di luar sana untuk menjadi usahawan.
Baca Artikel Sebelum ini: