Sebagai jenama produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi, NOIR terus komited memperluaskan lagi rangkaian produknya.
Memahami keperluan kecantikan ramai wanita di luar sana tanpa batasan usia, NOIR bakal melancarkan produk inovasi kecantikan terkini yang bakal menonjol sebagai produk utama kegemaran ramai.
Produk ini diadun rapi dengan ramuan-ramuan kecantikan premium serta mampu memberikan kesan kecantikan luar dan dalam yang menakjubkan kepada para penggunanya.
ESOK, sejarah bakal terlakar dengan menyaksikan kemunculan rangkaian produk terbaharu NOIR dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk terbaharu inovasi NOIR ini, jangan lepaskan peluang untuk terus setia mengikuti semua platform media sosial NOIR.

Tubuh menghasilkan kolagen secara semula jadi. Namun, semakin kita meningkat usia penghasilan kolagen akan berkurangan. Faktor inilah yang menyebabkan kulit wajah jadi berkedut dan tona tidak sekata.
Khasiat Peptide
Molekul kolagen agak terlalu besar untuk diserap oleh kulit, lantaran itu ramai yang lebih gemar memilih untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi kolagen. Walau bagaimanapun, peptide boleh diserap oleh kulit menerusi sapuan atau diambil dalam bentuk makanan tambahan.
Memperbaiki Lapisan Pelindung Kulit
Lapisan pelindung kulit adalah lapisan kulit yang memelihara badan daripada bakteria, sinar ultra violet, pencemaran dan toksin. Lapisan pelindung kulit boleh rosak akibat pengelupasan berlebihan (over exfoliation), terdedah kepada rokok, pencemaran atau kurang tidur. Jadi, Peptides bertindak membantu menguatkan lagi lapisan pelindung kulit
Mengurangkan Kedutan
Kolagen boleh menjadikan kulit lebih gebu dan bibir jadi lebih penuh (plump). Apabila kulit jadi lebih anjal, kedutan dan garis halus kurang kelihatan.
Kulit Elastik
Selain kolagen, peptide juga membantu serat elastin yang menjadikan kulit lebih tegang dan membentuk protein di dalam tubuh individu.
Meredakan Keradangan
Peptide juga membantu meredakan keradangan, memperbaiki kulit yang rosak serta menjadikan tona kulit lebih sekata.
Bagaimana Peptides Beritindak?
Kehadiran peptide mewujudkan tindak balas pada kulit dengan menghasilkan kolagen pada sesuatu kawasan yang diperlukan. Peptide seolah-olah mengeluarkan isyarat kepada sel dalam badan untuk menghasilkan kolagen dan elastin.
Baca Artikel Sebelum ini:
Wahh tak sabarnya
Tak sabar Nak cucu
First time dengar pasal peptide. Thanks for the info.