Simbolik rona putih yang menyelubungi seluruh ruangan Boathouse Event Space, Ampang, nyata meninggalkan memori terindah kepada lebih 300 tetamu yang hadir bagi menyaksikan pelancaran produk terbaharu NOIR.

Pelopor industri kecantikan terkemuka negara, NOIR, telah memperkenalkan salah satu produk terbaharunya bersempena ulang tahun kelima NOIR baru-baru ini.

Majlis telah disaksikan oleh ratusan jemputan yang terdiri daripada barisan usahawan NOIR tanpa mengira status yang lama mahupun yang baharu.

Seiring dengan inovasi industri kecantikan global sekali gus memenuhi kehendak kecantikan dan kesejahteraan para wanita di luar sana, NOIR memperkenalkan produk minuman kecantikan dan kesihatan Super Whitening Skin Peptides

Mungkin ramai yang ternanti-nantikan rangkaian produk terbaharu NOIR. Nyata, penantian anda kini telah berakhir.

Kandungan Premium
Gabungan bahan-bahan premium yang terkandung di dalam Super Whitening Skin Peptides  terdiri daripada kolagen Peptide, ekstrak Pueraria Lobata dan Astaxanthin yang berasaskan ikan dan tumbuh-tumbuhan.

Bahan-bahan ini nyata sangat membantu untuk merangsang penghasilan kolagen, memperlahankan proses penuaan sekali gus mencegah pembentukan garis halus pada wajah. Malah, ia turut membantu meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi.

Keberkesanan Berganda
Super Whitening Skin Peptides turut mengandungi ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) dan Camu-Camu. Ia mampu memberikan kesan pencerahan 10 kali lebih efektif.

Bukan itu sahaja, ia turut membantu memudarkan masalah parut, pigmentasi dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Manakala, kandungan sumber vitamin C dan antioksidannya juga adalah 60 kali ganda lebih tinggi. Kandungannya berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen yang turut mampu mengurangkan garis halus dan kedutan.

Sejak dua tahun lalu, produk berasaskan peptide nyata sangat popular di Korea. Populariti dan keberkesanan kandungan produk kecantikan berasaskan peptide ini telah mendorong pengasas NOIR, Madammu, untuk mengeluarkan produk seumpamanya.

Berkualiti & Selamat
“Sebenarnya bahan berasaskan peptide ini agak mahal. Selain faktor kos, penyelidikan untuk membangunkan produk ini juga memakan masa yang agak lama. Bagi memastikan produk ini benar-benar selamat di samping mengatasi masalah alahan individu tertentu, NOIR memilih kolagen peptide dalam penghasilan Super Whitening Skin Peptides ini,” jelas Madammu berkongsi tentang kandungan produk terbaharu NOIR.

“Sebenarnya proses untuk menghasilkan produk terbaharu ini tidak mudah. Madammu ingin memastikan para pengguna NOIR dapat menikmati keberkesanan yang ketara di samping memastikan mutu dan keselamatan produk-produk yang NOIR hasilkan adalah terjamin dan berkualiti tinggi,” ujar Madammu lagi.

Kepuasan Buat Wanita
Produk Super Whitening Skin Peptides ini dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata. Bahan-bahan utama ini nyata mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita di luar sana untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keanjalan tubuh.

“Super Whitening Skin Peptides dilahirkan demi memenuhi kehendak dan keperluan para wanita seusia Madammu di luar sana. Bagi yang menginginkan penampilan kekal anjal dengan kulit cerah, sihat dan berseri, inilah produk yang perlu anda ambil dalam rutin kecantikan anda,” tambah Madammu lagi sempena pelancaran produk terbaharunya yang diadakan dalam satu majlis yang cukup istimewa.

Testimoni Terawal
Istimewa di hari pelancaran Super Whitening Skin Peptides ini, para tetamu yang hadir turut membawa pulang seunit Super Whitening Skin Peptides sekali gus bakal menjadikan mereka antara testimoni terawal untuk produk keluaran terbaharu dari NOIR ini.

“Jika sebelum ini saya mengamalkan minuman kecantikan dan kesihatan Pure White. Keserasian dengan rangkaian produk NOIR membuatkan saya rasa teruja untuk mencuba Super Whitening Skin Peptides pula. Lebih bertuah lagi, hari ini saya diberi peluang menjadi individu terawal untuk mencuba produk baru ini,” jelas Liana yang turut teruja kerana buat pertama kalinya berpeluang hadir ke majlis NOIR dan bertemu Madammu secara bersemuka.

Sempena pelancaran Super Whitening Skin Peptides, Madammu turut memberi peluang kepada para pelanggannya untuk memiliki produk terbaharu ini dengan harga kombo istimewa untuk waktu terhad.

Inovasi terkini dari NOIR ini mampu meningkatkan kadar hidrat kulit sehingga 40%. Malah, kulit juga akan jadi lebih anjal dengan tona kulit lebih cerah seawal 9 hari selepas pengambilannya secara konsisten mengikut saranan yang diberikan.

Vokal Mantap Dayang Nurfaizah
Majlis pelancaran inovasi terbaharu NOIR ini berlangsung pada 28 Julai yang lalu turut diserikan dengan persembahan penyanyi popular tanah air, Dayang Nurfaizah. Penyanyi versatil ini telah mendendangkan dua buah lagu berjudul Wanita Noir dan Dayang Sayang Kamu. Vokal mantap penyanyi ini turut menerima sorakan gemuruh daripada para hadirin yang hadir pada malam tersebut. Nyata, persembahannya tidak mengecewakan.

Majlis turut diserikan dengan sesi memotong kek setinggi lima tingkat sebagai simbolik ulang tahun ke-5 NOIR.

Walau apa pun, inovasi NOIR tidak akan terhenti di sini. NOIR komited untuk terus melahirkan produk-produk kecantikan berkualiti tinggi khusus untuk para wanita di luar sana. Nantikan lebih banyak lagi rangkaian produk-produk kecantikan berkualiti tinggi bakal dilancarkan oleh NOIR tidak lama lagi.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
3
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0