7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.

NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 

1. Self–confidence – Keyakinan Diri: Mempercayai kebolehan diri dan menghargai nilai diri.
2. Intelligence – Kecerdasan: Menghargai kecerdasan, pengetahuan dan kebijaksanaan dengan menguar-uarkan bahawa intelek wanita harus dihormati dan dihargai.
3. Compassion – Empati: Menonjolkan sifat empati wanita, menyokong kebaikan, persefahaman dan saling mendukung di antara satu sama lain.
4. Authenticity – Keunikan: Menggalakkan wanita untuk menerima kualiti unik diri mereka, jujur kepada diri sendiri dan meraikan keperibadian unik itu.
5. Presence – Aura: Menerima dan menghargai diri seadanya. Setiap individu memiliki keistimewaan tersendiri. Fokus pada kelebihan dan prestasi yang dimiliki. Terima dan pelajari dari kelemahan diri demi perkembangan peribadi.
6. Determination – Keazaman: Tekad, semangat dan kegigihan yang kuat untuk mencapai tujuan yang diinginkan.
7. Empowerment – Memperkasa: Memupuk persekitaran di mana wanita diberi kuasa untuk bersuara, mengejar impian mereka dan memberi impak positif kepada dunia.

Di mana ketujuh-tujuh INPIRASI ini mempengaruhi pembangunan:

  • Karakter diri (Character)
  • Kecantikan (Beauty)
  • Keusahawanan (Business)

Ia seiring dengan komitmen dan iltizam NOIR untuk terus berkembang dan meluaskan lagi empayarnya dengan membentuk satu platform untuk membantu ramai wanita di luar sana menjana pendapatan sampingan menerusi hasil jualan produk NOIR bagi menjalani gaya hidup yang lebih baik.

Enam tahun berada di pasaran, anugerah dan pengiktirafan yang telah diraih oleh NOIR Health & Beauty Sdn Bhd membuktikan komitmen dan iltizam organisasi ini untuk terus berkembang dan meluaskan lagi empayarnya.

Kerana tertarik dengan sejenis bunga berwarna hitam yang ditemui oleh Madammu sewaktu bercuti New Castle, London pada tahun 2014. Madammu nekad untuk menjadikan nama bunga yang dikenali sebagai NOIR itu sebagai jenama produknya.

Meskipun pada waktu itu Madammu masih belum memiliki apa-apa perancangan perniagaan, namun simbolik penemuan bunga NOIR tersebut sangat memberi impak yang besar kepada Madammu.

Warna hitam sinonim dengan kegelapan. Ibarat bunga NOIR, dari kegelapan ia berkembang menjadi bunga mekar yang sangat unik dan cantik. Metafora yang cukup sinonim buat NOIR Where Beauty Blossoms.

20 Julai 2016 Madammu merealisasikan impiannya untuk membangunkan rangkaian jenama produk kecantikan sendiri. Ia bermula hanya dengan 1,000 unit NOIR UV White sahaja.

Dari 1,000 unit UV White, hari ini NOIR telah mengeluarkan beratus-ratus ribu unit produk setiap tahun. Bermula dengan berniaga hanya dari rumah, kini NOIR berjaya memiliki sebuah wisma. Dengan hanya bermodalkan strategi pemasaran menerusi LIVE Madammu di rumah, siapa sangka NOIR berjaya menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu (AJL) dan memiliki 100 unit billboard di seluruh Malaysia.

Sehingga ke hari ini, NOIR berjaya membangunkan hampir 30,000 orang usahawan. Dari seorang jutawan yang NOIR lahirkan, kini NOIR memiliki 100 orang yang mampu menjana pendapatan konsisten sehingga LIMA ANGKA setiap bulan!

Nantikan Tour 7 Shades of Beauty, PESONA WANITA Tour bersama Madammu, founder kesayangan anda! Temui Madammu di 9 lokasi di seluruh Malaysia. Ada banyak aktiviti menarik dan yang paling istimewa lagi, anda berpeluang untuk beramah mesra bersama Madammu. Pelbagai hadiah menarik turut NOIR sediakan untuk anda! Untuk maklumat lanjut, layari

www.madammu.com/tour

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...

DIMENSI KEJAYAAN NOIR DALAM DIARI MADAMMU

Episod pertama program realiti TV Diari Madammu bakal ditayangkan esok, di Astro Ria.Siri realiti ini akan memaparkan perjalanan kehidupan peribadi Madammu sekali gus membongkar detik mula perjalanan empayar perniagaan yang dibina oleh Madammu sejak enam tahun...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0