Sejak dua tahun lalu, NOIR serius dalam memastikan rangkaian produk kecantikan yang dihasilkannya benar-benar terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya.

Menurut ahli kosmetologi NOIR, Nur Atiqah Rosli, ujian yang dijalani oleh dua rangkaian produk keluaran NOIR iaitu Skin Refining Essence dan Whitening Gel Hydrant telah meletakkan jenama NOIR pada satu tahap yang sangat membanggakan sekali gus menepis stigma sesetengah pengguna yang mengatakan produk jenama Malaysia mempunyai bahan-bahan merbahaya dan berkualiti rendah.

Berikut adalah penjelasan terperinci daripada ahli kosmetologi NOIR, Nur Atiqah Rosli tentang tujuan dan prosedur ujian makmal yang telah dijalankan oleh pihak SIRIM terhadap rangkaian produk NOIR.  

Baca Artikel Sebelum ini:

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...

Rebut Peluang Emas dengan NOIR Pay Day Deals!

Salam sejahtera kepada semua penggemar kecantikan! NOIR Health & Beauty kembali lagi dengan tawaran yang pasti membuatkan anda teruja.Selepas kejayaan promosi NOIR Anggun Raya yang baru sahaja melabuhkan tirainya, NOIR tidak akan pernah berhenti memanjakan para...

Panduan Lengkap Menggunakan Skin Refining Essence

Kenali NOIR Skin Refining Essence, sebuah produk revolusioner yang menjanjikan bukan hanya untuk meningkatkan kecantikan tetapi juga kesihatan kulit anda.Adakah anda sendang mencari esen yang mampu merawat pelbagai masalah kulit sambil menyediakan kelembapan dan...

Set Kecantikan Premium, Harga yang Terjangkau

Untuk RM75, bukan sahaja anda mendapatkan produk yang berkualiti tinggi. Malah, anda juga berpeluang untuk memperkayakan rutin penjagaan kulit dengan manfaat eksklusif sebagai ahli NOIR.Manfaat Eksklusif bagi Ahli NOIR Diskaun Seumur Hidup: Nikmati diskaun 10% untuk...

Di Sebalik Slogan Where Beauty Blossom

Suatu ketika dahulu slogan atau ‘tagline’ NOIR Health & Beauty, ‘Where Beauty Blossom,’ telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.Struktur tatabahasanya menjadi perdebatan segelintir individu di media sosial. Posting ini dikongsi bertujuan untuk...

Iftar Kasih NOIR 2024 Mempereratkan Ukhuwah

Dalam kesibukan Madammu dengan pelbagai aktiviti perniagaan dan peribadi, Ramadan kali ini tetap Madammu serikan dengan Majlis Iftar Kasih NOIR 2024.Majlis yang julung-julung kali diadakan di Wisma NOIR telah menghimpunkan tetamu-tetamu istimewa di antaranya ialah...

Apakah terma yang digunakan oleh SIRIM bagi produk kosmetik atau rangkaian penjagaan kulit wajah (skincare) yang melalui ujian makmal SIRIM ini?

Sebenarnya tiada terma yang spesifik bagi mewakili ujian makmal yang dijalani oleh produk kosmetik atau skincare ini. Walau bagaimanapun,  produk kosmetik atau skincare yang telah lulus ujian makmal SIRIM boleh dituntut (sebagai contoh): ‘Produk bebas merkuri’.

Perlu diingat bahawa, walaupun produk lulus ujian SIRIM, penggunaan perkataan seperti ‘LULUS SIRIM’ tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya pada pembungkusan mahupun pengiklanan produk.

Sebaliknya, pengeluar boleh menggunakan pendekatan seperti: ‘Sampel produk ini telah diuji oleh SIRIM QAS International’ dan ia boleh disertakan dengan maklumat:

  • No Laporan Ujian
  • Tarikh ujian dilakukan
  • Tujuan ujian
  • Rujukan standard

Hanya maklumat yang sedemikian sahaja boleh digunakan untuk tujuan promosi produk serta pengiklanan.

Adakah ujian ini sama seperti yang dilakukan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)? 

Ujian makmal yang dilakukan NPRA akan dilakukan oleh makmal berdaftar di bawah pemantauan NPRA sendiri. Selalunya ia dijalankan oleh makmal ‘in-house’ kilang-kilang berdaftar di bawah NPRA yang mengikuti piawaian NPRA dan ujian makmal NPRA dan SIRIM boleh dikatakan hampir sama.

Adakah wajib bagi setiap produk kecantikan melalui ujian makmal dari SIRIM ini?

Tidak wajib. Namun, ia perlu untuk keselamatan pengguna di samping meraih kepercayaan pengguna. Pengguna hari ini semakin bijak dan sedar akan kepentingan mengetahui bahan-bahan yang terkandung dalam setiap produk kecantikan atau kosmetik yang ada di pasaran.

Selalunya kilang-kilang OEM/ODM sudah menjalankan ujian-ujian makmal yang tertentu, tetapi ia dilakukan di makmal mereka sendiri. Mungkin ia sedikit sukar atau masih ada rasa ragu-ragu dalam kalangan pengguna.

Sebaiknya para pengeluar produk menjalankan ujian khusus bersama-sama SIRIM bagi mendapatkan kepastian sekali gus meraih keyakinan pelanggan terhadap produk yang dihasilkan. Tambahan pula, SIRIM memiliki kepakaran dalam memastikan sesuatu produk yang dihasilkan oleh mana-mana pengeluar itu adalah selamat dan berkualiti untuk kegunaan para pengguna di luar sana.

Berapa lama proses atau prosedur ujian tersebut berlangsung?

Ia bergantung kepada jenis-jenis ujian yang dijalankan. Lazimnya ia memakan masa seawal 6 jam atau boleh mencecah sehingga 16 minggu. Untuk ujian keselamatan produk (Heavy Metal Test, Preservative, Prohibited Colorants, Steroid, Hydroquinone) ia boleh mengambil masa dari 3 hingga ke 8 minggu, bergantung kepada jenis-jenis ujian yang dilakukan.

Apakah kriteria atau bahan-bahan yang ingin diuji di dalam ujian tersebut?

Kriteria atau bahan-bahan yang diuji untuk keselamatan produk adalah terdiri daripada kandungan bahan seperti hydroquinone, tretinoin, azelaic acid, steroid, pewarna bahaya, presavatif dan heavy metal (merkuri, plumbum, arsenik, kadmium). Fokus NOIR sekarang adalah, keselamatan produk itu sendiri. Antara ujian lain yang boleh dijalankan ialah; ujian toxicology, microbiology, efficacy dan stabiliti.

Adakah semua rangkaian produk NOIR melalui ujian makmal oleh SIRIM ini?

Ya, ada di antara produk NOIR masih dalam proses ujian. Antara produk yang sudah menjalani ujian makmal dan masing-masing lulus:

1. Heavy Metal Testing

  • Super Anti-Aging Serum
  • Whitening Gel Hydrant
  • UV White Foundation 

2. Steroid Testing

  • Skin Refining Essence
  • Whitening Gel Hydrant

3. Prohibited Colorant Test

  • Skin Refining Essence
  • Whitening Gel Hydrant

4. Preservative Test (Paraben)

  • Skin Refining Essence
  • Whitening Gel Hydrant

5.Prohibited Substances Test (Hydroquinone, Azelaic Acid, Tretinoin)

  • Skin Refining Essence
  • Whitening Gel Hydrant

Mengapa NOIR mengambil inisiatif untuk melakukan ujian makmal SIRIM ini?

NOIR sangat mementingkan kualiti produk serta ingin memastikan para pelanggan berasa yakin dengan setiap produk kami. Inisiatif ini juga dapat membantu melawan stigma sesetengah pengguna yang mengatakan produk kecantikan keluaran tempatan mempunyai bahan merbahaya dan berkualiti rendah.

Malah, ia dapat mengukuhkan lagi jenama NOIR ke satu lagi peringkat tertinggi sekali gus membuka mata masyarakat hari ini agar terus cakna dalam pemilihan produk penjagaan kulit yang selamat.

Ya, Skin Refining Essence dan Whitening Gel Hydrant telah menjalani ujian klinikal SIRIM dan ia terbukti tiada bahan-bahan berbahaya dan selamat digunakan!

Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0