Pakar dermatologi dan juru runding kecantikan berkongsi kaedah pengelupasan sel kulit mati untuk kulit sensitif, berminyak dan lain-lain masalah kulit tanpa merosakkan kulit.

Anda boleh memiliki kulit licin hanya dengan satu langkah mudah menerusi kaedah pengelupasan sel kulit mati.

Proses pengelupasan kulit mati adalah kunci utama untuk anda mendapatkan kulit yang lebih cerah tanpa mengira batas usia. Malah, proses ini juga penting untuk menggantikan sel kulit yang berlaku secara perlahan-lahan dari semasa ke semasa dengan lebih pantas.

Proses ini melibatkan pembuangan sel-sel kulit mati pada lapisan luar kulit supaya permukaannya kelihatan lebih bersih, licin dan bercahaya.

Kaedah pengelupasan kulit mati ini boleh dilakukan pada semua jenis kulit tanpa mengira kulit berminyak, berjerawat, kering mahupun sensitif.

Sebenarnya kaedah ini adalah sangat penting untuk setiap individu. Walau bagaimanapun, tidak ramai wanita di luar sana menjadikan kaedah ini sebagai rutin kecantikan mereka.

pengelupasan sel kulit mati

Apakah yang dimaksudkan dengan pengelupasan kulit?
Pengelupasan kulit bermaksud sebarang teknik yang melibatkan proses membuang sel kulit mati. Ia boleh dilakukan menerusi kaedah mekanikal atau kimia. Ia semudah menggunakan kain lap khusus untuk membersihkan muka (mekanikal) atau menggunakan scrub muka, microdermabrasion, face peels dan produk anti-penuaan yang mengandungi bahan-bahan seperti asid atau enzim (kimia).

Anda boleh melakukan kaedah ini dengan menggunakan produk penjagaan kecantikan DIY di rumah, berkunjung ke mana-mana pusat kecantikan, berjumpa dengan pakar dermatologi atau estetik untuk mendapatkan rawatan pengelupasan yang lebih intensif.

Secara amnya, untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat dan ketara anda boleh mendapatkan rawatan pengelupasan profesional seperti microdermabrasion kerana ia lebih kuat berbanding dengan rangkaian produk yang anda gunakan sendiri di rumah.

Perbezaan antara kaedah-kaedah pengelupasan yang ada Ada tiga jenis kaedah pengelupasan dan masing-masing memiliki fungsi yang berbeza mengikut keperluannya: Pengelupasan fizikal Dikenali sebagai mechanical exfoliators yang merangkumi penggunaan produk dan kaedah rawatan seperti scrub muka, polishes, berus pembersih, microdermabrasion dan dermaplaning yang berperanan menanggalkan sel kulit mati dengan menggunakan kaedah geseran atau menggosok. Bahan utamanya: Zarah atau butiran halus seperti gula atau garam, kulit kacang yang dikisar, tepung jagung atau manik yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti silika atau jojoba. Pengelupasan kimia Rawatan yang melibatkan face peels dan pembersih wajah, toner, masker dan produk  leave-on skincare (serum, pelembap) yang mengandungi asid atau enzim yang memudahkan proses menanggalkan sel kulit mati yang terdapat pada permukaan kulit anda. Bahan utamanya: Alpha hydroxy acids (atau AHAs, sepetti glycolic, lactic, citric dan asid mandelic), beta hydroxy acids (BHAs: seperti salicylic acid) atau enzim lembut seperti yang diperoleh daripada buah betik. Gabungan Pengelupasan Kedah pengelupasan yang perlu dibilas. Ia menggabungkan kaedah pengelupasan fizikal dan kimia di dalam satu produk dengan kepekatan yang seimbang. Bahan utamanya: Campuran satu atau lebih bahan pengelupasan fizikal dan kimia (seperti keterangan di atas).

Bagaimana melakukan kaedah pengelupasan di rumah?
Anda boleh melakukan proses pengelupasan dengan menggunakan tiga kaedah yang melibatkan teknik, frekuensi dan aplikasi penggunaan yang berbeza-beza mengikut keperluan kulit anda.

Contohnya; jika anda memiliki kulit sensitif atau kering, kaedah pengelupasan fizikal sangat sesuai untuk anda cuba. Ia berkesan untuk memperbaiki tekstur yang kasar tanpa merengsa kulit anda.

Jika anda memiliki kulit berminyak pula, kaedah pengelupasan kimia sesuai untuk anda.  Menggabungkan BHA atau penggabungan kaedah pengelupasan.

Dengan tindak balas menerusi kedua-dua teknik ini, pengelupasan kimia yang mengandungi BHA boleh mengurangkan masalah jerawat dan pori tersumbat.

Jika kulit anda tergolong dalam kategori kombinasi, kaedah pengelupasan fizikal dan kimia nyata sesuai untuk kulit anda. Mulakan dengan sedikit sapuan untuk melihat tahap toleransi kulit anda.

Manakala untuk kulit matang, pilihlah pengelupasan kimia yang mengandungi AHA yang memberi tumpuan kepada anti-penuaan dengan meningkatkan keserian, tona di samping memudarkan kedutan.

Kekerapan untuk melakukan pengelupasan

Pengelupasan fizikal: Dua hingga tiga kali seminggu. Sesuai dilakukan pada waktu pagi atau petang selepas membersihkan wajah anda.

Pengelupasan fizikal:  Seminggu sekali. Sesuai dilakukan pada waktu pagi atau petang. Selepas membersihkan wajah menggunakan produk khusus untuk kulit sensitif atau kering. Dan maksimum tiga kali seminggu untuk jenis-jenis kulit lain.

Gabungan pengelupasan: Seminggu sekali atau setiap hari. Sila ikut arahan penggunaan produk. Anda perlu mengikut arahan yang ditetapkan untuk memperoleh hasil yang terbaik.

Anda WAJIB memakai krim pelindung sinar matahari sekiranya anda pernah melakukan kaedah pengelupasan ini. Kaedah pengelupasan melibatkan proses menanggalkan sel kulit mati pada lapisan atas kulit anda. Jadi, anda kulit anda terdedah kepada kerosakan akibat panahan matahari. Guna krim pelindung matahari SPF 30 atau yang lebih tinggi setiap pagi.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0