Syukur Alhamdulillah, bertambah satu lagi produk baru NOIR. Super Whitening Skin Peptides, inovasi kecantikan terkini khusus untuk WANITA

Sebagai wanita, Madammu faham ramai yang inginkan kulit cerah, cantik dan berseri. Bukan itu sahaja, bila usia makin meningkat, kebanyakan wanita mula rasa risau dan tercari-cari satu produk yang boleh mencantikkan dan menganjalkan tubuh dalam masa yang sama. Madammu sedang melalui fasa tersebut. Apabila usia Madammu semakin meningkat, sudah tentu Madammu inginkan yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan Madammu.

Memahami keperluan tersebut, Madammu hasilkan Super Whitening Skin Peptides ini khusus untuk memenuhi keperluan para wanita dewasa di luar sana. Sebenarnya tak mudah untuk Madammu melahirkan sesuatu produk baru bersama NOIR. Faktor kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk sangat Madammu titik beratkan.

Selain itu, tempoh masa yang diambil untuk penyelidikan dan pembangunan produk ini juga memakan masa yang agak lama. Madammu sentiasa inginkan yang terbaik. Sebelum produk tersebut dikomersialkan, Madammu sendiri yang akan mencubanya terlebih dahulu. Madammu akan menjadikan diri sendiri sebagai testimoni.

Produk kecantikan berasaskan kolagen peptide memang telah lama popular di Korea. Hasrat Madammu untuk mengeluarkan produk berasaskan kolagen peptide ini memang telah lama Madammu pendam. Memandangkan kos penghasilannya agak tinggi, Madammu telah atur strategi sebaik mungkin supaya produk Madammu ini boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan premium berkualiti tinggi.

Selain itu, bagi memastikan produk ini benar-benar selamat di samping mengatasi masalah alahan individu tertentu, NOIR memilih kolagen peptide berasaskan ikan dalam menghasilkan Super Whitening Skin Peptides ini. Alhamdulillah, sempena ulang tahun ke-5 NOIR produk Super Whitening Skin Peptides berjaya NOIR lahirkan.

Super Whitening Skin Peptides dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama iaitu kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata yang boleh menjadikan kulit you all ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu menganjalkan aset wanita. Manakala ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic dan Camu-Camu pula  mengandungi vitamin C dan antioksidan 60 kali ganda lebih tinggi yang boleh memberikan kesan pencerahan 10 kali lebih efektif.

Kalau you all ada masalah parut, pigmentasi dan masalah kulit tak sekata, produk ini memang sangat-sangat membantu. Baru-baru ini, Madammu berpeluang mengadakan satu majlis istimewa dengan menjemput lebih 300 jemputan yang terdiri daripada para usahawan dan pengguna produk NOIR untuk menyaksikan pelancaran produk Super Whitening Skin Peptides ini.

Tema putih menjadi pilihan Madammu sebagai simbolik kepada produk Super Whitening Skin Peptides. Sempena ulang tahu ke-5 NOIR, tetamu yang hadir Madammu hadiahkan dengan seunit Super Whitening Skin Peptides. Mereka adalah antara barisan testimoni terawal produk keluaran terbaharu dari NOIR ini.

Haa… bukan NOIR yang dapat hadiah. Sebaliknya, Madammu yang beri hadiah kepada para tetamu istimewa yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis tersebut. Tetamu turut menyaksikan acara potong kek lima tingkat sempena ulang tahun NOIR yang ke-5 serta persembahan hebat artis tersohor negara, Dayang Nurfaizah.

Bagi yang masih belum mendapatkan produk ini. Anda boleh dapatkannya di LINK: https://www.noirbeautyworld.com/product/super-whitening-skin-peptides-pre-order/

Jika you all makan dengan konsisten dan mengikut cara-cara pengambilannya dengan disiplin, Super Whitening Skin Peptides mampu meningkatkan kadar hidrat kulit you all sehingga 40%. Kulit juga akan jadi lebih anjal dengan tona kulit lebih cerah seawal 9 hari selepas pengambilannya.

Inovasi NOIR tak akan terhenti di sini. NOIR komited untuk terus melahirkan produk-produk kecantikan premium khusus untuk para wanita di luar sana. Nantikan lebih banyak lagi rangkaian produk-produk kecantikan berkualiti tinggi bakal dilancarkan oleh NOIR dari semasa ke semasa.

Teruskan sokongan you all pada Madammu dan NOIR.

Baca Artikel Sebelum ini:

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0