Kulit anda berisiko untuk rosak jika menggunakan teknik yang salah sewaktu pemakaian  Peel-Off face mask atau Masker Peel-Off.

Kulit Rosak Teruk Kelebihan atau kebaikan masker Peel-Off memang heboh diperkatakan dalam dunia kecantikan semasa. Kaedah kecantikan ini dikatakan boleh membantu mengatasi masalah kulit kusam, membuang sel kulit mati di samping boleh membantu melicinkan tekstur kulit si pemakainya. Namun, ramai yang kurang tahu mengenai fakta bahawa kebarangkalaian keadaan kulit akan rosak teruk boleh berlaku! Ia boleh mengundang lebih banyak risiko bahaya berbanding kebaikan. Berikut adalah beberapa risiko yang boleh berlaku sekiranya anda menyalahgunakan masker Peel-Off dalam diari rutin kecantikan anda!

Peliharalah Lapisan Kulit Luar Anda!

Salah satu risiko yang paling membimbangkan boleh berlaku akibat penggunaan teknik yang salah sewaktu pemakaian masker Peel-Off ini adalah kerosakan pada epidermis atau lapisan paling luar kulit anda.

Ya, sekiranya produk kecantikan masker Peel-Off ini digunakan dengan cara yang betul, ia memainkan peranan yang sangat besar untuk membantu menghilangkan kotoran, serpihan, dan penompokan yang tidak diingini pada lapisan epidermis anda.

Namun, jika anda tidak menggunakannya dengan betul, ia mungkin akan menghapuskan lapisan kulit itu sendiri.

Sekali gus, boleh menjejaskan fungsi lapisan pengadang kulit individu (skin barrier), sehingga menyebabkan masalah kemerahan, kegatalan dan pelbagai masalah kerengsaan kulit yang lain.

Kesan penyalahgunaan masker Peel-Off ini adalah berbeza-beza mengikut jenis kulit individu serta jenis produk masker Peel-Off yang digunakannya.

Sekiranya individu memiliki jenis kulit sensitif, kesannya boleh dilihat dengan cepat sejurus masker Peel-Off itu dibersihkan daripada kulit mereka.

Jika tidak, individu hanya akan melihat kesannya setelah beberapa hari pemakaian produk tersebut. Gejala-gejala yang boleh timbul adalah seperti kulit wajah kelihatan kusam sehinggalah risiko jerawat.

Tip Elak Risiko Penggunaan Masker Peel-Off

TUNGGU! Jangan membuat keputusan drastik untuk terus buang produk masker Peel-Off yang masih berbaki itu. Jangan merugikan diri sendiri.

Andaikan bahawa anda telah membeli produk masker Peel-Off  yang sangat tepat dengan jenis kulit anda. Ya, anda masih berpeluang menikmati kesan kebaikan daripada penggunaan produk kecantikan tersebut.

Sebenarnya, langkah pertama yang perlu anda ambil adalah dengan mengenal pasti isi kandungan atau bahan-bahan yang digunakan dalam produk kecantikan tersebut.

Elak dari menggunakan bahan-bahan yang berpotensi mengundang bahaya pada kulit wajah anda.

Bahan seperti polivinil alkohol adalah antara bahan yang selalu digunakan dalam penghasilan kebanyakan masker Peel-Off  yang ada di pasaran.

Polivinil alkohol adalah bahan pelekat plastik yang boleh meninggalkan kesan yang agak kuat untuk individu yang memiliki kulit sensitif.

Kulit anda sebenarnya perlu elak dari terdedah dengan bahan tersebut. Tidak kiralah, sama ada kulit anda memberikan tindak balas yang sensitif terhadapnya ataupun tidak.

Ini adalah cara yang terbaik dalam usaha untuk mengelakkan sebarang reaksi kerengsaan pada kulit wajah anda.

Anda disarankan untuk memakai masker Peel-Off yang diperbuat daripada arang berkualiti. Arang bermanfaat dalam menghasilkan produk penjagaan kulit. Khususnya untuk merawat masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Sekiranya bahan ini digunakan dalam bentuk masker atau topeng muka, arang boleh membantu menghilangkan bintik hitam dan menangani masalah pori-pori tersumbat.

Penggunaan Masker Peel-Off Secara Optimum! Meskipun wujud kebarangkalian anda bakal berhadapan dengan risiko akibat menggunakan produk kecantikan masker Peel-Off ini. Namun anda masih boleh mengatasinya dengan AMBIL TAHU dan memakai produk ini dengan TEKNIK yang BETUL! Demi memelihara kepentingan dan keperluan kulit anda, pastikan anda baca isi kandungan produk tersebut dengan teliti sebelum memilih untuk menggunakannya sekali gus memanfaatkan produk tersebut secara OPTIMUM!

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0