Dalam kesibukan Madammu dengan pelbagai aktiviti perniagaan dan peribadi, Ramadan kali ini tetap Madammu serikan dengan Majlis Iftar Kasih NOIR 2024.
Majlis yang julung-julung kali diadakan di Wisma NOIR telah menghimpunkan tetamu-tetamu istimewa di antaranya ialah usahawan NOIR serta Team NOIR HQ.
Lebih istimewa lagi, Majlis Iftar Kasih NOIR 2024 turut menghubungkan hati dan mempereratkan ukhuwah melalui acara yang penuh makna.
Madammu turut meraikan anak-anak Maahad Tahfiz Darul Hidayah Taman Melawati serta anak-anak yatim Rumah Cahaya Kasih. Ia merupakan sebuah manifestasi dari nilai-nilai keprihatinan yang dipegang teguh oleh NOIR.
“Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini NOIR melangkah lebih jauh dengan meraikan majlis Iftar bersama anak-anak Maahad Tahfiz Darul Hidayah Taman Melawati serta anak-anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih. Kehadiran mereka bukan hanya menambah keberkahan, tetapi juga membawa pesanan buat kita semua tentang pentingnya saling berbagi rezeki dan peduli terhadap sesama insan,” ulas Madammu.
“Terima kasih juga Madammu ucapkan kepada team NOIR HQ yang telah berhempas pulas untuk menjayakan majlis Iftar Kasih ini. Tidak dilupakan juga para usahawan NOIR yang sudi hadir di majlis ini. Ia sekali gus memperlihatkan sokongan dan semangat komuniti yang utuh antara kita. Ada usahawan yang datang dari Kelantan, Ipoh dan Pulau Pinang. Ia menjadikan acara Iftar Kasih ini tidak hanya sekadar acara, tetapi juga simbol kebersamaan dan kesatuan hati yang jarang kita temui,” ujar Madammu berkongsi kegembiraannya.
NOIR ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir. Walaupun acara ini diselenggarakan dengan sederhana, namun kehadiran, sokongan dan jalinan kasih yang terbentuk di antara kita semua, telah memberikan warna dan makna yang sangat dalam bagi keluarga besar NOIR.
NOIR percaya, kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin tidak hanya untuk saat ini sahaja, tetapi akan berlanjutan dan semakin kukuh seiring dengan waktu. Semoga ikatan ini tidak hanya bertahan di dunia, tetapi juga menjadi jambatan kasih yang membawa kita semua ke syurga.
Alhamdulillah, dalam majlis yang sama Madammu turut menghulurkan duit raya buat anak-anak Maahad Tahfiz Darul Hidayah Taman Melawati serta anak-anak yatim Rumah Cahaya Kasih.
Dengan penuh pengharapan, NOIR Health & Beauty berkomitmen untuk meneruskan tradisi berharga ini. Kami mengajak anda semua, keluarga besar NOIR untuk terus bersama-sama dalam setiap langkah, merayakan kebersamaan dan berbagi kasih. Semoga kita boleh menciptakan lebih banyak momen indah yang penuh bermakna di masa hadapan.
Baca Artikel Sebelum ini: