Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.

Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan peluang untuk bertemu Madammu secara LIVE di booth NOIR pada 8 September 2023 (Jumaat) dan 9 September 2023 (Sabtu) lalu.

Walaupun cuaca agak terik di sepanjang karnival berlangsung, ia tidak menghalang orang ramai datang berpusu-pusu di booth NOIR. Malah dekorasi berona ungu lembut yang menjadi pilihan team NOIR di Karnival Jom Heboh Kelantan itu berjaya menarik ramai pengunjung untuk datang menjengah ke booth NOIR sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

Bahang selama tiga hari di Kelantan memperlihatkan gabungan kerjasama yang erat di antara pihak HQ NOIR bersama team usahawan NOIR di sekitar Pantai Timur. Sambutan meriah para pengunjung di karnival itu berjaya membuka peluang rezeki buat para usahawan NOIR memperluaskan kuasa perniagaan masing-masing.

Selain kehadiran Madammu di booth NOIR, aktiviti yang dianjurkan oleh pihak NOIR HQ juga tidak kurang meriahnya bertujuan menarik lebih ramai pengunjung datang mendekati booth NOIR.

Pengunjung berpeluang melihat sendiri olahan penyediaan terkini minuman kesihatan dan kecantikan NOIR Pure White serta Super Whitening Skin Peptides oleh ahli kosmetologi NOIR, Nur Atiqah Rosli. Ramai yang terinspirasi sejurus melihat demo yang dilakukan oleh ahli kosmetologi NOIR dengan menggunakan makanan serta buah-buahan sihat.

Bagi yang baru ingin mencuba produk rangkaian NOIR, masing-masing tidak ketinggalan untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada kakitangan NOIR HQ yang sentiasa bersedia melayani setiap pertanyaan pengunjung. NOIR memberikan konsultasi percuma kepada para pelanggan yang ingin mengetahui cara penggunaan rangkaian produk NOIR secara terperinci.

Di kesempatan ini NOIR menyediakan rundingan kecantikan daripada pakar bagi memberi pendedahan kepada pengunjung tentang kaedah terbaik untuk menangani masalah kulit dengan menggunakan rangkaian produk NOIR. Malah, team NOIR turut berkongsi teknik penggunaan produk penjagaan kulit secara tepat.

Selain itu, NOIR juga mengadakan pelbagai promosi menarik di sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung. Malah, istimewa kepada pengunjung yang memakai pakaian berwarna ungu, Madammu telah menyediakan hadiah istimewa untuk mereka di mana mereka boleh menebus hadiah tersebut di booth NOIR.

Booth NOIR turut menjadi perhatian disebabkan permainan Lucky Draw Wind Chamber, di mana pengunjung berpeluang membawa pulang pelbagai produk menarik dari NOIR secara percuma.

Hari kemuncak Karnival Jom Heboh telah diserikan dengan konsert yang terdiri daripada persembahan barisan artis lelaki. Terima kasih kepada warga Pantai Timur terutamanya di Kelantan kerana sudi berkunjung sambil memeriahkan booth NOIR di sepanjang Karnival berlangsung.

Insya-Allah, NOIR bersedia untuk terus mendekati masyarakat Pantai Timur terutama di Kelantan pada masa-masa akan datang dengan pelbagai aktiviti keusahawanan.

Baca Artikel Sebelum ini:

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0